TETAMU AGUNG ALLAH


Pesawat Bahrin Air selamat mendarat di Bumi Madinah lebih kurang jam 3 pagi waktu Arab Saudi, membawa jemaah Andalusia Travel n Tours,  Walau dalam kepenatan setelah mengharungi lebih 10 jam perjalanan dari KLIA tetapi keterujaan mendapat jemputan dari Allah swt mengatasi kekurangan.  Segala kepenatan berlalu begitu sahaja. Alhamdulilah.
KEMBARA BERSAMA BAHRIN AIR

Inikah antara dugaan
Ketibaan diawal pagi, menyebabkan rombongan kami terdampar agak lama di airport, tapi alhamdulilah disitu dapatlah mengambil peluang untuk berkenal-kenalan sesame Jemaah  Andalusia Travel dari serata Malaysia kita serta juga para Jemaah dari Indon.
Proses  Imigresen sedikit menyulitkan dan mengambil masa yang agak lama sehingga sempat berjemaah solat subuh di surau airport yang agak sempit. Proses Imigresen di Lapangan Terbang Madinah, cukup memboringkan, ini kerana amat lembab dan birokrasi,  jemaah dari Negara Iran diberi layanan segera sedangkan Malaysia dan Indon ,  jam 7 pagi baru dibenarkan memasuki kawasan imigresen.  Bayangkan empat jam disitu  dalam keadaan kami yang kepenatan giller, tapi keterujaan menjadi tetamu Allah mengatasi segala halangan perassan,redha jew…
Ting..tong..ting…tong…Lebihkurang jam 10 pagi baru kami sampai ke hotel penginapan  Durrat Fayroz Hotel,  yang jaraknya lima belas minit perjalanan, sebaik sampai di Hotel teruslah lelapkan mata sat, mencari mimpi yang hilang diperjalanan.
HOTEL PENGINAPAN DI MADINAH

Masjid Nabawi...
Tidak dapat nak digambarkan perasaan kita  tatkala menatap MN dan memijak kaki dilantainya yang cukup hebat dan agung, Subhnalaah.... Aktiviti biasa sepanjang beberapa hari di Madinah ialah berjemaah di Masjid Nabawi yang amat indah, pengalaman berjemaah di MN,  jemaah bangsa lain begitu kasar cara mereka, jemaah Turki, India, begitu kurang sopan, tapi mungkin itulah cara mereka, dipintu masuk ke masjid agak kelam kabut kerana polis wanita memeriksa tubuh badan setiap jemaah yang masuk, suara-suara polis bertugas cukup nyaring “ hajjah...hajjah...hajjah...”membuatkan suasana riuh maklumlah berdepan dengan pelbagai bangsa di dunia ini,kadang2 terfikir kasihan pada mereka yang bertugas.  Kalau kita didapati bawa HP, mereka cukup marah dan tak benarkan kita masuk, so pandai2la sorook…





Lawatan ke Ladang Kurma
Seronok melawat ladang tengok pokok kurma tengah berbuah, tapi masa tu buah belum masak ranum, so dapat tengok jewla nak rasa buah yang dipetik dari pokok tak de can le, nak tak ….nak kunjungi  kunjungilah Pasar Kurma, fuh….segala jenis kurma terdapat, jadi rambang mata nak memilih pelbagai nama
dan jenama, huhu

Rezeki  beribadat di Raudhah
Raudhah dihatiku…
Malam ketiga di Madinah, barulah Mutawwir membawa jemaah untuk beribadat di Raudhah, hamboi ramainya  jemaah menunggu untuk beribadat di Raudhah, terpaksa take giliran, polis yang menjaga melepaskan kumpulan by kumpulan lebihkurang 15 orang setiap giliran untuk hanya beberapa minit, suasana begitu kelam kabut, bila dilepaskan berasak-asak la untuk mengambil tempat dihadapan sekali, begitulah suasana, masya-allah, nak beribadat pun tak khusyuk kerana polis dengan panggilan  hajjah...hajjah...cepat-cepat minta kita bangun ,tapi kita on la lama sikit sebab bukan mudah nak beribadat di Raudhah. Alhamdulilah dapat juga bersolat sunat di Raudhah walaupun suasana kurang selesa....kerana bising.

Shopping di Madinah
Peniaga-peniaga di madinah sangat baik dan pandai melayan pelanggan, mereka pun fasih bahasa melayu indon , harga pun murah, tapi tak shopping sangat, sebab nak berbelanja di Makkah pulak, simpanlah Rial tu duluu…!

Sepanjang berada di Madinah pihak agensi membawa berziarah luar ke Jabal  Uhud, Masjid Quba, Kilang Al Quran, Perkuburan Baqi dan Masjid 2 Kiblat, Pasar Kurma.

program Ziarah Dalampula....Raudhah, Makam Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar R.A dan Saidina Umar R.A

Perjalanan KeMakkah
SEMPADAN MEMASUKI TANAH HARAM
RESTORAN YAMAM...BEZ!!
PETROL STATION
Beberapa hari di Madinah tibalah masa untuk meneruskan perjalanan ke Makkah, perjalanan dari Madinah mengambil masa lebih kurang 5jam dengan menaiki bas, dalam perjalanan bas berhenti mengisi minyak dan singgah makan di kawasan rehat  dan menjamu selera serta solat maghrib di Restoran Yaman yang Nasi Arabnya sungguh sedap, walaupun nampak biasa jew dan berkongsi makan satu talam 5 orang,  disini masalah tandas adalah yang utama kerna kekurangan kemudahan tandas yang bersih sedangkan jemaah ramai , forget it lah, perjalanan diteruskan lagi beberapa jam sehingga tertidur dan tidak sedar, tup..tup dikejutkan kerana dah sampai di Makkah Al Mukarramah depan hotel, sebaik check in hotel Tharawat Monsia ,memunggah bagasi dan berehat seketika pihak agensi  memebri masa 1 jam sahaja kami bersiap-siap untuk ibadat tawaf, walaupun kepenatan tapi langkah kaki kami bukan main laju untuk menjijak kaki ke Masjidi Haram….Baitullah…kiblatku.

Saat mula menjejakkan kaki  di Masjidi Haram, terasa bagai dalam mimpi, betul ker aku ni berada di rumah Allah yang sekian lama kita idami, honestly rasa tak percaya saya dapat berada di hadapan Kaabah yang cukup indah dan mengujakan.  Syukran ya Allah, kerana memberi peluang untuk hambaMu ini menjadi tetamu agungMu.  Jam 3 pagi baru selesai sa'ie, terus pulang ke hotel dalam kepenatan.
SAIE TME
MENARA JAM/ ZAM-ZAM TOWER



Beribadat di Baitullah…
Sepanjang masa di Makkah, rebutlah peluang untuk beribadat siang mahupun malam hari .Syukur alhamdulilah sepanjang disana aku tidak mengalami sebarang masalah kesihatan malahan cukup fit untuk beribadat. Ambillah peluang untuk beriktiqaf di depan Kaabah.....setiap waktu dan perbanyakkan ibadat-ibadat sunat.
AIR ZAM-ZAM UNTUK JEMAAH
Membelibelah...
Curi lah  sedikit masa untuk memberi belah, sepanjang jalan ke Masjidi Haram dipenuhi dengan deretan kedai dan juga penjual-penjual jalanan, syok shopping sepanjang jalan tetapi jangan le sampai kita mengabaikan niat  kita ke tanah suci.


Pengalaman membelibelah di Makkah,
Mamat-mamat Arab, agak sombong sikit kerana tidak suka kita menawar harga, bila kita minta kurang terus mereka simpan balik barang yang kita nak itu, mula-mula aku tak faham sangat cara mereka, geram juga jadinya. Sombong dan berlagak bukan main pak mamat nie,tapi berlainan peniaga di Madinah ,mereka lebih baik hati dalam melayan pelanggan.  Harga pun lebih murah di Madinah dan di Madinahjuga tak ramai peniaga jalanan.
Berhati-hati semasa membelibelah di jalanan kerana peniaga-peniaga ni mungkin tak berlesen, mereka ni sentiasa di buru pihak polis, tak sampai lima minit berniaga dah diserbu polis, kena jaga-jaga kalau nak terus ambil dan semasa membeli gunakan duit kecil kerana bila mereka lihat polis terus dipunggah jualan mereka dan melarikan diri, diperhati ada kalangan pembeli yang menghulur wang besar dan tak sempat dipulangkan baki, mereka dah hilang, kadang-kadang para Jemaah pun dirempuh oleh mereka, saat tu depa tak kisah dah, kita yang kena jaga-jaga.  Barang dagangan mereka rata-rata amat murah tapi kurang kualiti,
Sambil menyelam minum air, begitu juga aku bila selesai laksanakan ibadat wajib dan sunat  di masjidi haram, ambil jugala masa untuk window shop sana-sini, naik Mall la, Ben Dawood le, Safwaf Tower le,hehe...


Masa berziarah,
Sepanjang menjadi tetamu Allah di Makkah, pakej membawa para jemaah melawat tempat-tempat seperti jabal Thur, Jabal Rahmah (Bukit kasih saye), Jabal Nur, masjid Ja'ranah,Arafah –Muzdalifah -Mina, Ladang Unta ,  Museum Haramain,Masjid Hudaibiyah,  Masjid Jin.
JABAL RAHMAH
LADANG UNTA

BUKIT KASIH SAYANG


Sewaktu kunjungan saya , Rehabilitasi Masjidi Haram menyebabkan  banyak bangunan-bangunan lama tengah dirobohkan, persekitaran   amat mendukacitakan, berdebu-debuan ,  so para jemaah perlulah menjaga kesihatan dengan baik dan berhati-hati.

Tawaf Wida',
Sebaik membuat tawaf selamat tinggal, para jemaah terus dikehendaki menaiki bas yang telah disediakan untuk ke Lapangan Terbang King Abdul Aziza, Jeddah. Perjalanan < 1 jam,  selepas tawaf Wida jemaah tidak boleh membuat sebarang pembelian atau apa-apa juga urusan di Tanah Suci.

Alhamdulilah berakhirlah catatan perjalanan dan pengembaraan aku sebagai seorang hamba Allah ke Tanah Suci, syukur kerana diberi kelapangan kesihatan yang baik sepanjang menjadi tetamu-Nya. Tidak mengalami sebarang kemudaratan, tiada dugaan, tiada halangan, segala urusan berjalan dengan baik dan lancar, Alhamdulilah, semoga aku dan ahli keluargaku akan terus dimurahkan rezeki untuk kembali lagi menjadi tamu Allah.


MASJID MERAH 








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENYEMBUHAN BADAN MELALUI ASMAUL HUSNA

PENYEMBUHAN BADAN MELALUI ASMAUL HUSNA

50 DOA PAGAR DIRI