MOTHERS DAY 2015

Hari ini hari ibu....10 Mei 2015



Syukran !Ya Allah kerana masih berkesempatan untuk sekali lagi meraikan Hari Ibu 2015 bersama ibuku Mek Yam binti Ismail, tahun nie mak nampaknya kurang sihat sikit, tapi insyaallah anak-anak akan mendoakan agar kesihatan mak  untuk terus kembali pulih dan sihat walafiat.   Tidak dapat kita bayangkan betapa besar   pengorbanan seorang ibu sepanjang usia bergelar mak kepada 7 orang anak..

Berpenat lelah, berkejar kes ana ke mari, jerit tangis anak-anak  itu adalah rentak irama kehidupannya ,tidak pernah merungut, tidak pernah mengeluh walau  titik-titik  peluh membasahi pakaian , walau tidur malam tidak pernah cukup, tetapi itulah kebahagiaannya dari  sejak anak-anak dilahirkan sehingga menempuh alam dewasa, ibu tidak pernah lalai mendoakan anak-anak, seperti juga aku seorang mama, terpaksa bangun malam untuk mendoakan kesejahteraan anak-anak, mata ini tetap perlu berjaga sehingga ke akhir hayat, semasa anak-anak kecil , berjaga malam menyusu anak-anak, berjaga  ketika anak-anak merengek terbangun malam dan bla...bla...bla, mungkin inilah takdir seorang ibu yang terpaksa bersengkang mata untuk anak-anak dan keluarga.  Insyaallah selagi terdaya, selagi kudrat ada, itulah amanah dan tanggungjawab untuk  ibu mendoakan  kesejahteraan anak-anak.

Duhai anak-anak tolonglah menjaga perasaan Mak, kerana tanpa mak siapalah kita di mukabumi ini.
Jangan kita menyesal di kemudian hari, doa ibu membawa kesyurga. Sakitnya tuh disini, bila memikirkan gelagat anak-anak mak yang lain, tapi kita kenalah redha, dalam setandang  nyior, tak semuanya boleh dimakan.

Buat ibuku yang tercinta Mak , tiada kata secantik bahasa, tiada gambar seindah lukisan untu Una persembah dan dendangkan, Mak!, semoga mak terus panjang umur dan sihat untuk kami, you ' re superwomen, love u forever....n ever.....

BUAT IBUKU,  MAK...MAAFKAN ANAKMU INI KERANA MUNGKIN TIDAK SEMPURNA SEBAGAI SEORANG ANAK
DUHAI ANAK-ANAK KU, MAAFKAN MAMA KERANA MUNGKIN TIDAK SEMPURNA SEBAGAI SEORANG MAMA....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENYEMBUHAN BADAN MELALUI ASMAUL HUSNA

PENYEMBUHAN BADAN MELALUI ASMAUL HUSNA

50 DOA PAGAR DIRI