PESONA UNA

ANTARA CINTA DAN CITA-CITA
Setiap insan yang dianugerahkan jiwa oleh yang maha pencipta, sudah pasti dan tentunya mempunyai naluri untuk. memiliki dan dimiliki,  kita hanya insan biasa, tak terlepas dari  keinginan untuk berpacaran sejak dari usia belasan tahun, cinta sememangnya indah, bila hati sudah tertawan, dibadai asmara, yang paling hebat penangan cinta pertama, first love.....never forget forever...seandainya dapat bersama...

Sometimes, bila kita fikir-fikirkan, cinta blind nie boleh membodohkan diri kita, kerana bahana kemaruk cinta ni boleh membawa kita kepada kegagalan dalam pelajaran, bila dah jatuh hati diusia yang masih mentah, apa doknya siang malam duk termimpi-mimpi, terkenang-kenang, orang yang kita kenang pula entah ingat entah ke tidak kat kita, itu dah gila bayang.  Bab gila bayang nie susah sikit, tapi itulah hakikatnya, kita kena reda cinta tak semestinya bersama, Cinta yang tak direstui...kekasihku di menara....

Janji, plz..plz don't promise anything when falling ini love, sebab jodoh kita rahsia Allah swt, juz promise sekadar mengiyakan ayat-ayat cinta, baik tak payah, kalu si girl dengar baik muntahkan terus, tak jalannya,
sebab kalau bercinta di luar musim yang sepatutnya selalunya jarang menjadi, so yang pertama baik salurkan cinta kepada Allah swt, kedua  ibubapa, ketiga keluarga dan keempat bla..bla..bla..,
kalau boypren kita, i be right here waiting for you....dont sumbat dalam hati kata-kata tu, baik hai..hai ..bye..bye!

Taman Astakona, besz dengar lagu tuu, my fav, rasa nak nangis jew, mungkinkah ada lagi saat-saat indah itu, agar dapat kita bersama lagi, nama mu ku ukir dipohon ditepi taman, sebagai hiasan lambang cinta yang terhalang, semoga kau terlihat ketika melintasi taman , sebagai tanda percintaan abadi....

Cinta, orang dulu-duluan memang berbekas dihati, sebab setulus hati, bukan cinta monyet atau cinta fb, tapi kembang tetap terhalang , gugurlah bebunga cinta di  halaman rindu , berprinsiplah kita cinta tak semestinya bersama, mungkin Allah swt akan temukan kita dengan insan yang lebih baik, biarla kita berputih tulang ...
i will honor...every words i say....

Musibah Cinta.....
Pelik yer...banyak tragedi -tragedi angkara cinta yang dipaparkan didada akhbar, di TV tapi adakah setiap dari kita mengambil ikhtibar dari kesah-kesah tersebut.  Pada pandangan saya tidak! Cinta juga yang dikejar dek manusia, tak kira yang tak cukup umur mahupun yang terlebih umur,  cinta tak boleh disalahkan, tapi kita yang patut menyalahkan diri kita  kerana mendekati cinta, cinta tidak mencari kita kalau bukan  diri kita yang mencarinya takkan cinta itu datang sewenang-wenang.
Tak salah bercinta, tiada salahnya ingin memiliki dan dimiliki tapi pelaksanaanya mestilah diatas landasan yang betul, kena betulkan niat kita, barulah semuanya berkat dan jaminannya kebahagiaan.

Jangan perjudikan diri kita kerana cinta, cinta boleh membinasakan, untuk bercinta kita kena kembali kepada islam, jangan tangkap muat sahaja, bila hati dah tertawan, islam telah mengariskan panduan,  tengok kepada rupa, harta , keturunannya , ini nak bicara pasal keturunan, keturunan ini yang paling penting, kenalilah keluarganya, kaum kerabatnya dahulu, kerana untuk kita mengenali pasangan kita, kita perlulah selidiki terlebih dahulu.  jangan bercinta tangkap muat, tengok gaya dalam IG,FB terus hati tertawan, ketahuilah semua itu hanya palsu, Tekanan hidup lately ni, membuatkan manusia hilang arah hidup, stress membuatkan insan-insan yang mempunyai penyakit mental mudah agresif,  kita tidak akan kenali mereka -mereka ini kerana mereka juga seperti kita, tapi  golongan ini mereka ini tidak tahan tekanan, mereka cepat bertindak diluar batasan agama.   
Kes-kes sebegini juga banyak aku hadapi sepanjang kerjayaku, bagi pasangan yang telah berkahwin, sudah tentu mereka terpaksa menanggung beban sepanjang usia, inilah antara punca menyebabkan kakitangan bermasalah dan menjejaskan produktivi kerja.  Mengharung kes-kes sebegini memang payah, serik dan tak sanggup, tapi bila dah terpaksa...redah jew.

So ku peringatkan dalam memilih jodoh, kembalilah kepada islam, buat solat istiqarah, peruntukkan masa untuk memohon dengan Allah swt, mohon petunjuk, daripada asyik bersms,  we chatt, fb...kerana penyesalan tiada gunanya, tak sampai setahun kahwin, belang terserlah, menangis keluar airmata datrah pun dah tak berguna,  siapa nak disalahkan?  inilah balasan kita bila tidak tahu bersyukur pada Allah  datas nikmatNya, tidak mendengar cakap ibubapa....benar kata pepatah ikut hati mati, ikut rasa binasa...

Di awal bulan  Mei 2015 ini saja , 2 kes pembunuhan kerana cinta dinegara kita, persoalannya kenapa harus terjadi, amukan cinta boleh membuatkan manusia menjadi sesat, hilang pedoman, puncanya adakah kerana faktor cemburu, faktor kewangan ...bla-bla bla yang membuatkan manusia hilang kawalan diri dan sanggup menghabiskan riwayat hidup insan yang disayangi.  Selagi kehidupan kita tidak kembali ke jalan Allah, selagi itulah kes-kes sebegini akan berterusan dan siapa  akan menajadi mangsa selepas ini..so .berhati-hatilah memberi hati dan kasih kita pada seseorang,  kerana penghujungnya....nasib kita dimana, dihumban dalam gaung, kedalam sungai, moralnya sayangi diri dan keluarga, jangan perjudikan diri kita kerana cinta.   ,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENYEMBUHAN BADAN MELALUI ASMAUL HUSNA

PENYEMBUHAN BADAN MELALUI ASMAUL HUSNA

50 DOA PAGAR DIRI