KERJAYA UNA

Kerjayaku..../ My career...
AMANAH DALAM TUGAS

NO MATTER HOW EDUCATED, TELENTED, RICH, OR COOL YOU BELIVE YOU ARE, HOW YOU TREAT PEOPLE TELLS ALL.  INTEGRITY IS EVERYTHING!


MENEGUR BIAR KENA  LAGU








5 MEI 2015

INTEGRITI YANG SEBENAR AKAN TETAP KEKAL UTUH WALAU DALAM APA JUA BENTUK CABARAN, SAMADA DALAM KESUKARAN ATAU KEMEWAHAN....





Antara Prinsip hidup orang yang berjaya ialah berusaha bersungguh-sungguh, tidak mudah jemu, tidak suka menangguh-nangguh kerja dan tidak takut kepada kepenatan...


I LOVE MY JOB, MY FAMILY

Assalamulaikum......hello...hi

Semoga kita semua lebih tabah dan kuat hari ini....dalam perkerjaan yang paling utama prinsip kita perlu berintegriti.

Integriti umpama tiang seri, bila tiada integriti runtuhlah organisasi.

EKSPRESIKAN POTENSI DIRI


Kronologi kerjayaku 

1. MINISTRY OF HEALTH
    Jabatan Kesihatan Negeri Pahang
INILAH OFFICE PERTAMAKU WISMA PERSEKUTUAN, KUANTAN, PAHANG

2.Ministry of Health Malaysia/ Kementerian Kesihatan Malaysia:
Hospital Tanah Merah
Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu
Hospital Tumpat

2. Ministry of Home Affairs/ Kementerian Dalam Negeri:-
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)


3. Ministry of Educations/ Kementerian Pendidikan Malaysia:
Bahagian Matrikulasi, Putrajaya


MINISTRY OF EDUCATION

  4. Ministry Of  Health Malaysia
    Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu, Kelantan

5. Ministry of Human Resourses/ Kementerian Sumber Manusia:
Institut Latihan Perindustrian (ILPKB)

i'm...alwyz love my job....Where i go...where i are.....




My moto " always think outside the box... leave conventional thinking ways when it is necessary"





" Things will get Better: the sky clears after every storm"
8
IN MEMORY....

MAJLIS APC KOMPLEKS D PUTRAJAYA
ANUGERAH HARI Q 

RED CARPET ANUGERAH KECEMERLANGAN
HANDLE BUDAYA KORPORAT COURSE




DI MANA-MANA DUGAAN MEMBADAI...

Begitulah kehidupan....dunia perkerjaan ku pun bak ombak di pantai, berada dimana-mana organisasi tetap penuh dengan onak  duri ranjau, hanya kekuatan dalaman yang mampu menangkis segalanya, karenah biokrasi organisasi dari pengurusan atasan dan bawahan....prinsipku...laksanakan kerja kita yang telah diamanahkan dan aku janji yang telah kita lafaz.

Bila kita fikirkan tentang masalah ...problem... our soul drop down..., persengketaan dalam mana-mana organisasi tidak dapat lari...kecelaruan pengurusan atasan boleh membuat moral anggota terhumban...ke gaung...

Wahai...bos-bos...Plez...la...alert and hormat-menghormati..perasaan insan-insan disekeliling anda, .dan uruskan organisasi dengan baik dan harmoni....









REZEKI DAN JODOH

Sebaik tamat belajar, aku terus ditawarkan perkerjaan, rezeki ku cukup murah kerana dalam usia yang masih muda remaja aku telah memperoleh kerja tetap dan berpencen.  Dengan berat hati aku meninggalkan negeri tanah serendah Cik Siti Wan Kembang untuk memulakan kehidupan yang penuh glamour sebagai pegawai kerajaan.  Wisma Persekutuan, di Jalan Gambut Kuantan adalah bumbung  pertama tempat aku berteduh untuk  mencari rezeki, disitu lah aku mula mengenali dunia perkerjaan, mengenali tingkahlaku manusia, mengenali jati diri, membina keyakinan dan menempuh kehidupan berdikari tanpa ayah dan ibu disisi. 

Pengarah pertama ku kenali ialah Dato' Dr. Che Rus bin Mohd Noor serta isteri Datin Embung, mereka dilahirkan sebagai seorang yang amat baik hati dan hingga kini segala kebaikannya terus aku kenangi.  

Kampung Girl, im a kampung girl, rasa macam rusa masuk kampung jew kerja di Wisma Persekutuan Kuantan, tingkat 12 lagi, kalu tak de elektrik rasa patah tulang-tulang turun naik ke tingkat 12 dengan kasut tumit tingginyer, dari kampung pun tp penampilan st clas, tetap tumit tinggi , Dari hari pertama melangkah, onak-onak kepayahan untuk membawa dan  menyesuaikan diri  dengan suasana yang asing amat aku rasai, hanya Allah swt yang tahu,  beban dijiwaku.

Tapi tak pernah menyesali takdirku, malahan rasa bangga kerana aku mampu berdikari,  walau ditebak cinta-cinta jalanan yang tak kunjung padam, lelah betui....nak menempisnya......

Oh my kampung, ingatan pada keluarga dikampung dan kerinduan pada mereka amat dirasai, untuk berhubung bukan mudah kerana kurang kemudahan telipon  pada masa itu, di pejabat bukan tak de phone, tp nak call mak mcm mne klu kat kg tak de line lagi, so rindu serindu-rindunya le, huaaa ...hanya warkah dilayang pengganti diri.   Aku kini menjadi anak rantau, sebatang kara,  Ku rempuh  kehidupan sehari-hari dengan tabah...segala kepayahan ku letak ketepi, walau terpaksa berjalan kaki sejauh 3 km setiap hari  ke opis , redah jew, hingga badan aku jadi kurus kering, rindu lagi...penat lagi.....bayangkan 35 kg jew berat badan..

Horrey...horrey!Gaji pertama, lebihkurang 2 bulan kerja dapatla gaji pertama, adus!! seronok bukan main ,terus pergi Kuantan Mall Shopping....n shopping , tk de GST lagiii masa tur , beli baju untuk mak, untuk ayah , teady bear untuk adik-adik, keesokkannya terus beli tiket bas balik kampung....ooo balik kampung, Kian hari perkerjaanku juga kian stabil dan proses mengenali tugas-tugasku menjadi lancar, Alhamdulilah ...hari kian hari aku pantas mempelajari segalanya dan hari-hari ku yang kelam terasa kian bersinar.  Terima kasih Allah kerana merahmatiku dan tidak memberi bebanan yang tidak mampu aku tanggung. 

Bandar Kuantan yang indah membuatkan hati-hati  mudah jatuh cinta.  Ternyata  nyaman  Pantai Teluk Cempedak, Rojak ayam Pak Lah di Taman Gelora membuat hati semakin sayang pada Kuantan.  Rupanya takdirku disini.

BERTEMU CINTA HATI

Haaahaa, Kuantan kini hatiku telah tertawan , diam tak diam... aku jatuh cinta rupanya  , pada ombak di pantai teluk cempedak, pada lambaian pepohon nyior di pantai Batu Hitam dan pada  segalanya yang menyuntik tonik cinta dijiwa.  Disinilah  cinta ku bersemi, sidia yang tak kurang ensemnya  wajah kesayangan hamba berasal dari utara, pandai mengambil hati,  dua tahun menyulam cinta bersama, mengenali hati budi, meranum kuntum-kuntum kasih , membaja persahabatan walau terkadang bersulam airmata, keluh kesah, dugaan  dan cabaran. Walau gerimis airmata sering mengundang dalam rindu-rinduan, cemburu-cemburuan,   Akhirnya kekuatan jodoh  kami mengatasi segala-galanya, diakad untuk sehidup semati.  Akhirnya jodoh itu milik kita...dear .dulu , kini dan ke jannah. hajat kita, Insyaallah. 

KAMPUNG HALAMANKU

Menjadi warga Kuantan selama lebih 6 tahun, jauh disudut  hati ingin jua pulang untuk menabur khidmat bakti di negeri  kelahiran kerana hajat utama ialah  ingin berdekatan dengan mak dan ayah  , dengan langkah longlai dan airmata , kami tinggalkan bandar Kuantan yang mengukir sejuta kenangan, suka duka kehidupan ku dan keluargaku.  Selamat tinggal Kuantan....selamat tinggal kenangan....sesungguhnya hingga kini aku masih merindui kenangan itu.
Itulah sedikit catatan memoriku...ditempat aku mula-mulai mengenali erti kehidupan, persahabatan dan kekeluargaan.
DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA....YANG SUCI ABADI SEJATI
DISINI TERSEMAI CITA-CITA, BERCAMBAH MENJADI WARISAN.

MESYUARAT BAHAGIAN MATRIKULASI 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENYEMBUHAN BADAN MELALUI ASMAUL HUSNA

PENYEMBUHAN BADAN MELALUI ASMAUL HUSNA

50 DOA PAGAR DIRI