CHEF UNA


JOM CUBA RESIPI-RESIPI CHEF UNA....HUHU..

MORE.... KEPADA SELERA PANTAI TIMUR
( resipi qu yang sempoi for uolls...dear... )

FAKTA : 


AIR TANGAN ISTERI BOLEH MENJAMIN KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA...BINALAH KELUARGA BAHAGIA, MASAKAN TERBAIK     DICIPTA DRP AIR TANGAN SEORANG IBU,  LET'S  MASAK!!.



NASI KERABU


(resipi-resipi menu diatas akan di update )



NASI AYAM SOHO

BAHAN-BAHAN:
Lauk Ayam:

1 ekor ayam
Halia
Bawang putih
Bawang merah

Bahan perap:

Sos tiram
Kicap cair
Kicap manis
Madu
Minyak bijan

Kisar halia dan bawang putih dan bawang merah. Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit.
NASI AYAM SPECIAL

Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga ayam setengah masak. Selepas itu angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika. Gantungkan ayam sekurang kurangnya satu jam.
Goreng ayam secara deep fry atau di dalam periuk yang dalam sehingga minyak menenggelami ayam. Untuk lebih mudah, sangkutkan ayam dengan besi penyangkut ditepi periuk agar mudah mengangkatnya setelah masak. Setelah ayam masak angkat dan gantung untuk toskan minyak. Potong ayam dan hidang.

Nota:

Ayam jangan dipotong, biarkan seekor. Setelah digoreng atau dipanggang barulah dipotong agar ayam masak cantik. Tapi kalau susah untuk menggoreng, bolehlah dipotong 2 atau potong 4 sahaja.

Saya potong 2 sebab nak menjimatkan minyak semasa menggoreng. Saya lebih suka goreng dari dipanggang. Jadi saya tidak gantung, sejatkan di atas jaringan sehingga betul betul kering airnya.

Nasi Ayam:

Mentega -
Minyak ayam -
Bawang merah
Bawang putih
Halia
2 helai daun pandan
1 helai daun salam (bay leave)
Susu full cream
Serbuk ayam
Garam
Gula
Rempah penumis - bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis

Basuh beras wangi, tos dan letak dalam rice cooker.

Di dalam kuali masukkan mentega, tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dikisar, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan dan daun salam.

Setelah naik bau masukkan separuh daripada air rebusan ayam tadi, susu full cream, garam, serbuk ayam dan gula mengikut rasa.
Biarkan mendidih dan tutup api. Tuang ke dalam beras tadi jika air tidak cukup tambah air biasa dan masak seperti biasa.

Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan hidang.

Biarkan mendidih dan tutup api. Tuang ke dalam beras tadi jika air tidak cukup tambah air biasa dan masak seperti biasa.

Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan hidang.

Sambal Cili

5 biji cili padi merah siam - saya guna cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia - saya tambah
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam - saya tambah
Sos tomota - opsyenal saya tambah

Blend cilipadi merah siam dengan halia dan bawang putih. Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa. Tambah sedikit air rebusan ayam. Masak dengan api kecil sehingga likat.

Sambal Kicap
Air kicap hasil perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih. Angkat.

Kuah Sup
Jeruk kubis
Garam
Serbuk ayam
Daun bawang - tabur
Bawang putih goreng - tabur

Separuh air rebusan ayam masak semula dan campurkan jeruk kobis, garam dan serbuk ayam.

Bubuh potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang






Resepi Paprik Sotong Sedap
=======================
Bahan-bahan:
3-4 ekor sotong - bersihkan dan potong
3 ulas bwg putih - diketuk
1 labu bwg besar - dihiris kasar
2 btg serai - dihiris kasar
2 helai daun limau purut
5 biji cili padi - di ketuk
1 biji cili merah-hiris menyerong
Sedikit bunga kobis, kacang buncis dan carrot
Sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan sos ikan- sukatan agak2 la ye..
Garam sekiranya perlu
Sedikit minyak untuk menumis

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak,Tumis bawang bwg putih dan cili padi ketuk, kacau sekejap.
2. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram ,sos ikan dan sotong. Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih sekejap.
3. Masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran. Bila dah mendidih, masukkan bawang besar dan cili merah. Rasa dan sekiranya perlu, tambahkan sedikit garam.
4. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan panas-panas





MAKARONI BAKAR GOMO KLATE GOMO

Bahannyer:

250 g macaroni (agak-agak setengah bungkus)
7 biji telur gred B
1 pkt daging/ayam kisar
2-3 ulas bawang putih –dicincang
2 biji bawang besar – dicincang
1 cawan susu segar (pilihan)
(jika dimasukkan sila kurangkan telur dalam 2 biji)
3 sudu makan bawang goreng
Garam , serbuk perasa, sedikit minyak  untuk menumis
Topping:
3 biji telur,  keju parut
Hiasan: daun sup, cili merah, bawang goreng
Caranyer
Rebus macaroni hingga empuk, basuh dan toskan.
Tumis bawang besar dan bawang putih
Masukkan daging/ayam biarkan sehingga masak, terus kacau
Masukkan macaroni yang direbus tadi
Masukkan garam dan serbuk perasa, bawang goreng, cili merah (klu suka pedas)
(Kecilkan api)
Masukkan 7 biji telur yang telah siap dipukul,terus kacau jgn sampai berketul
Masak  lagi biar sebati dan tutup api.
Kemudian masukkan ke dalam loyang yang telah disapu mentega. Taburkan keju (separuh) dan separuh lagi simpan dulu.
Bakar dalam suhu 130’ , bila agak-agak separuh masak, keluarkan dari ketuhar dan tutupkan permukaan macaroni dengan 3 biji telur (atau rata keseluruhan) yang siap dipukul dan tabur sedikit keju lagi, teruskan membakar hingga masak.
Setelah masak biarkan sejuk dahulu sebelum dipotong, hiaskan dengan hirisan daup sup, bawang goreng dan cili merah dan perlu dihidangkan bersama sos.   Tips,sos tomato dan cili tidak sesuai, sos colek ala keropok lekor losong yang lebih ngam.









AYAM GORENG BEREMPAH (NASI KUKUS)

Bahannyer:

(Untuk 3 ekor ayam)
5 batang serai
1 labu bawang putih
3 inci halia
(bahan diatas dikisar campur air)
6 sudu makan tepung jagung
1 biji air asam limau nipis
Garam, aji no moto (secukup rasa)
100 gram rempah ayam goreng (brand Khabi yang top di Klate)

Caranyer:
Semua bahan digaul dengan ayam dan diperap satu jam sebelum digoreng



PUDING GULA HANGUS ALA RENAISSANCE

1 cawan gula
½ cawan air – utk caramel
1 cawan air – untuk adunan pudding
5 biji telur
1 tin susu cair
Sedikit essen vanilla

Cara:-

Tuang gula dalam kuali dan hanguskan, jangan sampai berketul
Tuangkan  separuh gula hangus dalam acuan (ikut pilihan), separuh lagi simpan sat na,
Seterusnya pukul telur.
Panaskan 1 tin susu cair dengan api sederhana
Masukkan 3 sudu besar gula hangus dan 1 cawan air dalam susu cair yang dipanaskan tadi.
Then, tuangkan campuran tersebut kedalam telur yang telah dipukul tadi.
Seeloknya ditapis. After that tuangkan adunan tersebut kedalam acuan gula hangus , then kukus hingga masak, bila masak sejukkan dan hias sebelum dihidangkan ala-ala my pic. Oookey.




IKAN SIAKAP MASAK TIGA RASA

BAHAN-BAHANNYA
1 ekor ikan siakap saiz sederhana
1/2 camca teh serbuk lada sulah*
2 camca besar tepung jagung*
Sedikit garam*
1 batang serai, diketuk
3 helai daun limau purut
1 biji cili merah, buang biji dan didadu
1 biji cili hijau, buang biji dan didadu
1 biji bawang besar saiz sederhana, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 inci halia, cincang halus
3 camca besar sos cili Thai
1 camca besar cili kisar
Sos ikan dan gula secukup rasa
3 biji limau kasturi, perah jusnya
1/2 cawan air
1 sudu makan sos ikan 
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARANYER...
1.  Ikan siakap dibuang sisiknya, disiang dan cuci bersih. Perap dengan jus limau kasturi/lemon selama 15 minit. Cuci hingga bersih dan ketepikan. Lap ikan tadi dengan tissue dapur hingga kering, lumur dengan serbuk lada sulah, garam dan tepung jagung rata2. Kemudian goreng ikan tadi hingga masak dan garing kedua2 belah. Angkat, toskan dan letak dalam pinggan sesuai. Ketepikan.

2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih, halia dan bawang besar hingga harum, masukkan serai titik dan cili kisar, tumis hingga cili garing.
Masukkan  sos cili Thai, kacau dan masak sekejap. Masukkan air dan biar mendidih.


3.Tambah cili merah, cili hijau dan jus limau kasturi/lemon. Perasakan dengan sos ikan secukupnya, dan sedikit gula jika perlu. Masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Curah kuah masam manis atas ikan dan tabur hirisan daun bawang. Hidangkan segera..

SIAPKAN LAUK PENGANTIN
NAK TEMPAH KER? BOLE JEW!
SIAKAP BELUM DITUANG SOS



SPAGETTI BOLOGNESE

Bahan-bahan:

1/2 paket spaghetti

500 ml (2 cawan air)

1 sudu makan garam

1 sudu makan minyak zaitun/jagung



Bahan untuk sos Bolognese:

250 gm daging kisar (1 paket kecil)

1 tin tomato puri

5 biji tomato – rebus sebentar , buang kulit dan cincang

FUH....SEDAPPP, JOM TRY.....
2 biji bawang besar – cincang

3 nulas bawang putih – cincang

3 sudu makan minyak masak

½ sudu makan herba –oregano

1 1/2 cawan air

½ tin cendawan butang – ikut suka

2 pkt kuib daging

Serbuk lada hitam secukup rasa

Gula secukup rasa



Cara Penyediaan:

1. Untuk merebus spageti/pasta, didihkan air , campur 1 sudu minyak dan garam.  Bila mendidih masukkan pasta.  Setelah lembut, tapis dan siram dengan air paip .  Gaul dengan sedikit minyak selepas diangkat.

2. Untuk sos tumis bawang besar, bawang putih dan herba sehingga harum.

3. Masukkan daging kisar dan kacau hingga daging masak/

4. Masukkan tomato cincang, puri tomato, kiub daging, cendawan dan air.  Biar mendidih dan menjadi pekat.  Perisakan dengan lada hitam, garam dan gula.

Semasa menghidang, taburkan dengan parutan keju parmesan untuk lebih ummph…






DURIAN CREPE...you....(sedia menerima tempahan)

Bahan-bahan 
FUHH!!! SEDAP GILLER NIE...JOM TRY!

250grm tepung gandum
2 biji telur
500ml santan
1/2 sudu teh garam
Pewarna (ikut hati yer)
Filling**
1 cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental
Isi Durian ( yang elok durian siam) yg telah dilenyek.

Cara-cara


KLU X SUKA DURIAN CREPE, MAKAN DURIAN JEW LE
Campur semua bahan kemudian blender dan tapis.
Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil.
Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. (tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk.
Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah,lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream. Akhir sekali lipat dan simpan didalam peti sejuk.  Then bolehlah dimakan. Yummy...yummy...



BUBUR BIJI NANGKA GOMO KELATE GOMO


BAHAN-BAHAN

3 Cawan tepung beras pulut
Santan (ikut keperluan)
sedikit air panas suam
daun pandan
sedikit halba (kalau suka)
pewarna (warna terpulang)
beberapa ulas buah nangka (jika ada) disiat-siat

Cara-caranyer:

Campurkan tepung pulut dengan air sedikit demi sedikit, terus uli sehingga menjadi doh dan tidak melekat ditangan. Kemudian digentel dan direbus ke dalam air yang telah dipanaskan hingga biji-biji tersebut menimbul. (Lihat foto).Angkat dan toskan airnya.

Santan dipanaskan (jangan terlalu pekat),masukkan gula (ikut suka), daun pandan, dan halba.
Kemudian masukkan biji-biji nangka yang telah ditoskan tadi , biarkan hingga mendidih seketika. Tutup api.



JERUK MANGGA ASAM BOI

Bahan:
3 biji mangga muda
6 biji cili api
asam boi
5 sudu besar gula
( kuantiti boleh diubah mengikut keperluan)

Cara:
Mangga dihiris, cili padi dipotong, campurkan kesemua bahan setelah itu simpan dalam peti ais dan selepas 5 jam baru bole di makan.

MANGGA DAN CILI PADI
GAULKAN KESEMUA BAHAN-BAHAN DAN SEJUKKAN DALAM FRIDGE




AIR BATU CAMPUR  BERIS JAMBU

BAHAN-BAHAN:

1 MANGKUK AIS BATU (DIKISAR)
MESTIII CUBA...

BAHAN A
1 SUDU AIR GULA
1 SUDU SIRAP

BAHAN B

1 SUDU CENDOL
1 SUDU BUAH KABUNG
1 SUDU SUSU PEKAT
1 SUDU SUSU CAIR
1 SUDU CIN CAU
1 SUDU JAGUNG TIN
1 SUDU KACANG MERAH

CARA

CAMPUR KE SEMUA BAHAN B KEDALAM MANGKUK AIS BATU
KEMUIDAN TUANGKAN BAHAN A KE ATASNYA
SEDIA UNTUK HIDANGAN

UDANG MENTEGA BAWANG PUTIH

BAHAN-BAHAN

30 EKOR UDANG SEGAR
2 SUDU MENTEGA
5 TANGKAI CILI PADI
½ SUDU TEH GULA
½ SUDU TEH GARAM
1 BIJI TELUR AYAM

CARA
MASUKKAN UDANG DAN MENTEGA KE DALAM KUALI
MASAK DENGAN API PERLAHAN
MASUKKAN CILI PADI, GARAM, GULA SUSU CAIR DAN TELUR

KACAU HINGGA SEBATI
BIARKAN BAHAN-BAHAN ITU MASAK LEBIHKURANG 3 KE  4 MINIT.





KERABU MANGGA SOTONG

BAHAN
2 BIJI MANGGA DIPARUT
2 SUDU UDANG KERING DIKISAR
2 EKOR SOTONG DI POTONG DAN  DI REBUS
3 SUDU KACANG TANAH DITUMBUK KASAR
2 BIJI BAWANG MERAH  DIHIRIS NIPIS
5 TANGKAI CILI PADI DIPOTONG
1SUDU TEH GULA
SECUBIT GARAM

CARA

MASUKKAN KESEMUA BAHAN TADI KE DALAM MANGKUK
GAUL HINGGAMESRA.


RESIPI: SATE BAUNG HAVOC

BAHAN

Ayam (bilangan ikut suka)
Rempah sate ready mate (untuk perap ayam )
Serai ( ikut bilangan ayam)
1 cawan gula pasir
3 keping gula melaka

Cara-Cara: 

Ayam dipotong kecil-kecil dan kemudian diperap selama lebih kurang 2-3 jam, masukkan gula dan gula melaka(yang dihancurkan)  dan sedikit garam.
Setelah sebati, boleh lah dicucuk dengan lidi sate.  Sedia untuk dibakar.

Bahan Untuk kuah:

10 ULAS BAWANG MERAH
3 ULAS BAWANG PUTEH
1 INCI HALIA
1 INCI LENGKUAS
4 BATANG SERAI
SEDIKIT JINTAN MANIS (1 Sudu Kecil)
15 TANGKAI CILI CILI KERING

KESEMUA BAHAN DIATAS DIGORENG HINGGA KEKUNINGAN DAN KEMUDIAN DITUMBUK.KACANG TANAH YANG TELAH DIGORENG DAN DIKISAR HALUS, SANTAN, GULA MELAKA, GULA DAN GARAM.  MASAK BIARKAN HINGGA MENDIDIH  ATAS API YANG SEDERHANA HINGGA PECAH MINYAK.


PERAP AYAM 2-4  JAM 

BILA DAH SIAP DI CUCUK, BOLE LE DIBAKO
sessi mencucuk daging ayam






RESIPI SERUNDING DAGING GOMO KELATE GOMO

BAHAN-BAHAN


I KG DAGING –DIREBUS HINGGA LEMBUT
3 BATANG SERAI
70 GRAM KETUMBAR
70 GRAM JINTAN MANIS
200 GRAM CILI KERING
2 KEPING GULA MELAKA
SANTAN PEKAT 2 CAWAN
1 LABU BAWANG BESAR
2 ULAS BAWANG PUTIH
2 CM LENGKUAS
1 INCI HALIA

CARA-CARA:

KOYAKKAN DAGING YANG DIREBUS SEHINGGA HALUS
GORENG BAWANG BESAR, BAWANG PUTIH, KETUMBAR DAN JINTAN TANPA MENGGUNAKAN MINYAK
-TUMBUK BAHAN YANG TELAH DIGORENG TADI

TUMISKAN BAHAN-BAHAN YANG DITUMBUK
 TADI DENGAN SEDIKIT MINYAK

MASUKKAN GULA MELAKA DAN SANTAN PEKAT.  TUMIS SEHINGGA BAHAN TADI GARING DAN MENGELUARKAN AROMA

KECILKAN API THEN MASUKKAN DAGING YANG TELAH DIKOYAKKAN HINGGA HALUS

MASUKKAN 1/3 CAWAN AIR, DAN TERUSKAN MENGACAU.…HINGGA MASAK DAN KERING


Resipi:  Kambing Masak Gulai Kawah  +  Mumbang Kelapa /Nyor

Bahan bahan:
1 ekor kambing - 10 kg
3/4 kg rempah gulai kawah
3/4 kg minyak masak
1 1/2 kg bawang merah
3 labu bawang putih
3 - 4 inci halia
Bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis
2 kg santan
4 jug air atau secukupnya
1 besen mumbang nyior - rendam dengan air garam dulu (Diambil dari pokok kelapa )
3 genggam garam kasar
4 keping gula Melaka
2 sudu besar gula
4 sudu besar pes asam jawa

Cara cara:
Sebahagian dari kuantiti bawang dan halia di hiris dan selebih dikisar. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris bersama rempah penumis sehingga kekuningan.

Masukkan rempah gulai kawah dan tumis sehingga ianya benar benar garing iaitu, keluar minyak. Kata orang Kelantan, sehingga rempahnya tidak lagi nampak seperti ber "selut".
Masukkan pula bawang yang dikisar dan kacau lagi sehingga sebati.


Setelah itu, masukkan daging kambing dan mumban nyior dan terus masak sehingga air daging kering dan keluar minyak seperti gambar di bawah.

Setelah keluar minyak, masukkan santan pekat dan air secukupnya. Masukkan garam, gula Melaka, gula dan pes asam jawa. Kacau sehingga mendidih dan daging empuk.


KUZI AYAM BERIS JAMBU

Bahan-bahan:
1 ekor ayam
30 ulas bawang merah-dimayang halus dan digoreng hingga garing. Hancurkan.
2 ulas bawang putih-diblend
1/2 inci halia-diblend
KUZI AYAM ...SURE MELETOP!
2 batang serai-diblend
3 sudu besar rempah kuzi
3 sudu besar sos tomato
1 cawan campuran kismis dan gajus/badam.
1/2 tin susu cair.
Air
Garam
Gula

Cara:
Perap ayam dengan bahan yang telah diblend (bawang putih, halia dan serai serta garam secukupnya) Perap sekurang-kurangnya satu jam. Goreng ayam. Goreng kismis dan gajus atau badam cincang-sejatkan. Tumiskan rempah kuzi (tidak perlu lama2) Masukkan susu cair. Masukkan sos tomato, bawang goreng, ayam, kismis, gajus/badam, garam dan gula secukupnya. Masukkan sedikit air. Masak hingga kuahnya pekat. Sedap dimakan bersama dengan roti jala, roti Arab, roti biasa atau dengan nasi.

Kebiasaannya Kuzi ayam disediakan pada hari raya dan majlis-majlis istemewa.

Conversation candy hearts border clipartConversation candy hearts border clipartConversation candy hearts border clipartConversation candy hearts border clipart

 RESIPI: KETUPAT SOTONG Beris Jambu 

Bahan-bahan:-

1kilo sotong saiz sedang
2 cawan beras pulut
santan pekat 2 cawan
2 keping gula melaka
sedikit halba/ 2 helai daun pandan
lidi pencungkil

Cara-caranyer:

Sotong dibersihkan dan buang semua isi dalam, kepala diambil, buang dakwat hitam

Beras pulut dibersihkan dan ditoskan airnya

Setelah bersih masukkan beras pulut kedalam badan sotong, jgn padat krn kita perlu tutup dengan kepala sotong bagi mengelakkan beras terkeluar semasa merebus.

Masukkan kedalam periuk untuk merebus sotong yang telah diisi beras pulut, masakkan hingga air sotong keluar, lepas itu campurkan santan pekat kedalam air rebus sotong tadi, masukkan gula melaka, sedikit saja garam, daun pandan, halba  dan masak sampai jadi berkilat dankuah pekat sikit, agak-agak masak tutup api. Angkat dan hidangkan.Bole la dibuang lidi yang kita gunakan untuk menutup kepala sotong tadi.

1.masukkan kedalam periuk dan rebus hingga mengeluarkan air 
2.tanpa membuang air tersebut masukkan santan pekat

3. teruskan memasak hingga kuah pekat 

4. bila dah agak2 masak boleh tutup api
5. Hidangkan ..pasti anak-anak berebut...so yummy...

Conversation candy hearts border clipartConversation candy hearts border clipartConversation candy hearts border clipartConversation candy hearts border clipart


Resipi:  Sambal Bilis Hitam Pahang Versi Kelate 

Bahan-bahannyer:-


1/2 kilo ikan bilis

30 biji bawang merah
dua cawan cili api
1 cawan belimbing buluh (yang telah direbus dan dijadikan jem )
1 cawan kicap pekat
1 cawan minyak masak

Cara-caraNyer:


Bersihkan ikan bilis, tumbuk (jangan sampai lumat agak-agak jew bersama bawang merah dan cili api

panaskan minyak, gorengkan kesemuanya bila agak-agak masak dan garing masukkan kicap pekat manis..teruskan menggoreng sampai masak dan kering. (kebiasaannya qu masak diatas api kecil 3 jam jew)
BELIMBING DICUCI BERSIH
MASAK UNTUK MENGELUARKAN AIRNYA HINGGA KERING JADI JEM



SAMBAL HITAM HAMPIR MASAK
TERUSKAN MEMASAK HINGGA KERING







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENYEMBUHAN BADAN MELALUI ASMAUL HUSNA

PENYEMBUHAN BADAN MELALUI ASMAUL HUSNA

50 DOA PAGAR DIRI