CUACA PANAS KEMARAU MELAMPAU

Antara kita semua sedar atau tidak, ini tahunlah  2016, saat memasuki  bulan Januari sehingga ke hari ini tahun ini adalah tahun yang amat-amat panas  kaw..kaw, entahlah ...bermula dengan gerhana matahari membawa kepada fenomena El Nino, kemuncaknya jangkaan panas melampau hingga bulan April, tapi maklumat terbaru dijangka cuaca keing dan panas akan berterusan ke bulan September pula, alahai !


Saya bercerita dari isihati pengalaman saya, Jabatan Metdrodologi meramalkan bahawa cuaca panas dan kering akan berlanjutan ke bulan April 2016 dimana negera kita akan menerima hujan yang kurang, memang benarlah ramalan tersebut, saban hari cuuca semakain panas dan membahang, negeri-negeri di utara tanahair paling getir menerima ujian ini kerana suhu melebihi 37 darjah celcius sehingga mengakibatkan sekolah-sekolah di Kedah dan Perlis ditutup beberapa hari. begitu juga di negeri Pahang terutama daerah Jerantut dan Temerloh.

Kemarau mengakibatkan hasil pertanian menjadi kurang atau dengan kata lain hasil tanaman dan buah-buahan tidak menjadi, contohnya di Perlis , pengeluaran buah mangga harum manih amat berkurangan dan harga melonjak seghingga  RM 45 sekilo.

 Di negara kita beberapa batang sungai mulai kering antaranya Sungai Temerloh , Sg Golok,  takungan empangan juga semakin menurun paras airnya, ini baru 3 bulan Allah tarik nikmat hujan dari kita belum lagi hingga 6 bulan, so bayangkanlah kalau 6 bln cuaca kemarau berpanjangan apa yang  akan terjadi?

KEBANYAKAN EMPANGAN-EMPANGAN HAMPIR KEKERINGAN!!!

Pakat-pakatlah kita semua pkir-pikirkan dan renung-renungkan, langkah kitakan yang silap, takdir atau kemurkaan Allah swt kepada kita makluk bumi.







UMMAT ISLAM DIGALAKKAN PERBANYAKKAN SOLAT ISTISQA MEMOHON RAHMAT HUJAN DARI ALLAH SWT 
SUNGAI GOLOK  BORDER MALAYSIA-THAILAND YANG HAMPIR KERING, MENJADI MEDAN PESTA AIR PENDUDUK SETEMPAT

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENYEMBUHAN BADAN MELALUI ASMAUL HUSNA

PENYEMBUHAN BADAN MELALUI ASMAUL HUSNA

50 DOA PAGAR DIRI