TRAGEDI 1 SEPTEMBER


<


KEHIDUPAN PENUH UJIAN..

SETIAP DARI KITA PASTINYA TIDAK TERLEPAS DARI UJIAN... MUSIBAH, KERANA ITULAH RUTIN KEHIDUPAN KITA DI ATAS MUKA BUMI INI....

KITA HAMBA ALLAH SENTIASA DIUJI OLEHNYA MELALUI PELBAGAI UJIAN DAN VARIASI  UJIAN, TIDAK TERKECUALI JUGA DIRIKU  DAN KELUARGAKU...

KEJADIAN 1 SEPTEMBER 2012 HINGGA KINI MASIH SEGAR DALAM INGATAN , HARI ITU KAMI SEKELUARGA BEREMPAT DALAM PERJALANAN PULANG DARI MENZIARAHI KELUARGA DI KEDAH DAN PERLIS SELEPAS MENGHANTAR WAN AFIFAH ALIA, ANAK SAUDARA UNTUK MENDAFTAR DI UUM SINTOK.


SELEPAS MENDAFTAR KAMI YANG BERKONVOI DUA BUAH KERETA TERUS PULANG SELESAI  SOLAT ZOHOR, SEPANJANG PERJALANAN DARI PERLIS   HUJAN CUKUP LEBAT, SEHINGGALAH SAMPAI DI HENTIAN PERAH, GERIK , HUJAN MULAI REDA, SELESAI SOLAT KAMI MENERUSKAN SEMULA PERJALANAN, TANPA RASA MENGANTUK KERANA BARU SELESAI BEREHAT.

SETELAH MELEWATI TASIK BANDING, KERETA AKAN MULA MENDAKI DAN MELALUI JALAN YANG BERLIKU-LIKU,  BEGITULAH BILA MALANG TAK BERBAU, STERENG  KERETAKU TIBA-TIBA JADI SEMACAM TAK BERFUNGSI, SAYA PERASAN DAN TANYA SUAMI KENAPA, TAPI DIA KATA TAK TAU...DALAM HATIKU BERSERAH KEPADA ALLAH SAHAJA, HANYA PADANYA...!

KERETA KAMI KEMUDIAN TERBABAS DAN MELANGGAR BUKIT SEBELAH KIRI JALAN DAN TERBALIK TAPI TIDAK MASUK KE DALAM LONGKANG...ALLAHHU AKBAR...

.INI DUGAAN MU ....UNTUK KU SETELAH LEBIH 25 TAHUN KAMI MELALUI JALAN TERSEBUT SEKIAN LAMA...TIDAK KIRA SIANG...MALAM...PAGI...PETANG....RUPANYA SESUATU YANG AMAT KAMI GERUNI BERLAKU JUGA PADA KAMI....SUBHNALLAH...!!

SELEKOH DALAM PIC NI...AMAT MERBAHAYA DAN PERLU LEBIH CAREFUL!



BARANG-BARANG BERTABURAN DAN TAK SEMPAT DIKUTIP SPT HP DALAM LONGKANG

ALHAMDULILAH, KAMI BEREMPAT TIDAK MENGALAMI SEBARANG KECEDERAAN, WALAUPUN KERETA KAMI ROSAK AGAK TERUK, KAMI DAPAT KELUAR DARI KERETA DENGAN CEPAT...KERANA BIMBANGKAN KERETA KAMI TERBAKAR...ITU SAJA..YANG BERMAIN DALAM FIKIRAN KAMI....WAKTU ITU....

DALAM KEADAAN YANG MASIH KALUT DAN GEMENTAR KAMI YANG BELUM REDA,  THEN TIDAK SAMPAI 20 MINIT , TIBA-TIBA SEBUAH KERETA LAGI TERBABAS DI KAWASAN YANG SAMA TETAPI NASIB KELUARGA TERSEBUT  LEBIH MALANG KRN BERTEMBUNG DENGAN SEBUAH LORI KECIL.  KEADAAN  MENJADI SEMAKIN KELAM KABUT....KERANA CUACA PUN  MULAI GELAP MAKLUMLAH  DI KAWASAN BUKIT DAN MEMASUKI  PULA WAKTU MAGHRIB, KELUARGA TERSEBUT  DIKHABARKAN MENGALAMI KECEDERAAN...YANG SEDEYNYA, MENUNGGU AMBULANS ADALAH SESUATU YANG  PERIT KERANA AMBULAN DARI HOSPITAL GERIK AKAN  MENGAMBIL MASA 1 JAM SEHALA PERJALANAN , BETUL-BETULLAH TRAGIK....PENGALAMAN ACCIDENT DI JALANRAYA TIMUR BARAT...

SUASANA MASA TU MEMANGLAH HARU BIRU KERANA DUA KEMALANGAN, DAN JALAN PUN JADI SESAK....MAKLUMLAH  ALIRAN TRAFIK AGAK SESAK ...NASIB BAIK KEBETULAN SEBUAH KERETA PERONDA POLIS MELALUI JALAN TERSEBUT, DAPATLAH JUGA MENGAWAL KEADAAN ....DAN MEMBERI BANTUAN .


SYUKUR ALLAH SWT  MASIH SAYANGKAN KAMI,

ALHAMDULILLAH ! ALLAH MASIH SAYANGKAN KAMI DAN TIDAK MENIMPAKAN MUSIBAH YANG TAK MAMPU KAMI TANGGUNG,    KAMI RASA BERTUAH KERANA BANYAK JUGA KENDERAAN BERHENTI UNTUK MEMBANTU  DAN BERTANYA KHABAR WALAU HARI KIAN KELAM.

PENGHARGAAN...

THANKS...YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA PASANGAN SUAMI ISTERI HAMBA ALLAH YANG BAIK HATI  KERANA SANGGUP MENGHANTAR SAYA DAN ANAK-ANAK HINGGA KE PINTU RUMAH, BUDI BAIK KALIAN BERDUA HANYA ALLAH SWT JUA YANG AKAN MEMBALASNYA....


PENGALAMAN

SESUNGGUHNYA PADA HARI TERSEBUT, SEPANJANG PERJALANAN SEBAIK MELEPASI DAERAH BALING,  DIDAPATI BANYAK JUGA KERETA YANG TERLIBAT DALAM KEMALANGAN, KAMI PUN MERASA TERSANGAT HAIRAN....KENAPA YER...TERTANYA-TANYA DALAM HATI...LEBIHKURANG 7 BUAH KERETA TERBABAS...

TOWING LORRY..

CUKUP MUSKIL DENGAN PENGUSAHA-PENGUSAHA TOWING NIH, MUNGKINKAN MEREKA DALANG DISEBALIK SEMUA MUSIBAH INI, INI KERANA SEBAIK SAHAJA KAMI KELUAR DR KENDERAAN YANG TERLIBAT, KAMI YANG MASIH KENALIN (panik dan gugup) DAN KETAKUTAN TERUS DIHAMPIRI DUA  LELAKI, " KAKAK SAYA DAH CALL TOWING, SO AKAK TAK PAYAH CALLED LAGI LA YER" ,  KITA YANG MASIH PANIK MENGIYAKAN SAHAJALAH....

KEMUNGKINAN...

KAMI TIDAK MENOLAK TINDAKAN TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN PENGUASA TOWING YANG SERING DIKATAKAN MENYIMBAH MINYAK DI ATAS JALANRAYA ADALAH PUNCA BERLAKUNYA KEMALANGAN KEPADA PENGGUNA JALANRAYA TAMBAHAN PULA JIKA TIADA PEMANTAUAN DARI PIHAK BERKUASA, INGATLAH WAHAI MANUSIA YANG CARI DUIT SECARA HARAM, KAMI TIDAK AKAN MENGHALALKAN DUNIA AKHIRAT PERGKHIANATAN KAMU...

.INI....KERANA WALAUPUN NYAWA KAMI SELAMAT TETAPI SUDAH RAMAI YANG TERKORBAN DI KAWASAN TERSEBUT, SUMBER DARI BALAI POLIS GERIK MEMAKLUMKAN DALAM KEJADIAN  PADA BULAN OGOS , DUA GADIS  ADIK BERADIK TERKORBAN  KERANA KERETA YANG DIPANDU  TERBABAS SEWAKTU PERJALANAN PULANG UNTUK BERHARI RAYA DI TEMPAT YANG SAMA.

TANGAN-TANGAN DAJAL YANG TAMAKKAN WANG, ADALAH PUNCA KEKERAPAN KES-KES KEMALANGAN MAUT DI KAWASAN JALANRAYA TIMUR BARAT...

 25 TAHUN KAMI MELALUI JALAN INI TAPI LATELY NI DILIHAT BANYAK KEJADIAN KEMALANGAN....BERLAKU,  JALAN TERSEBUT JUGA TIDAK PERNAH DI UP GRADE OLEH PIHAK BERKUASA  DARI DULU HINGGA KINI....KENAPE YER.....

PADA 20 DISEMBER 2014, AFTER 1 YEAR...KAMI MELALUI SEMULA JALAN TERSEBUT UNTUK BALIK KE KAMPUNG DI SANGLANG KEDAH KERANA KENDURI. KAHWIN, MASYAALLAH SEBUAH KERETA TERJUNAM DALAM LONGKANG DI TEMPAT  YANG SAMA THEN PADA 23 DISEMBER 2014, SEKEMBALI DARI KEDAH, DITEMPAT YANG SAMA JUGA SEBUAH LAGI KERETA TERBABAS DAN TERBALIK.

SALAH  DAN ANGKARA SIAPA? AKU...TRAUMA.....!!!!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENYEMBUHAN BADAN MELALUI ASMAUL HUSNA

PENYEMBUHAN BADAN MELALUI ASMAUL HUSNA

50 DOA PAGAR DIRI