RAYA 2015 (ANTARA KENANGAN, MUSIBAH DAN AIRMATA)

Raya....oh raya....


.....5 Syawal baru sempat nak muatkan entri aidil fitri 2015 yang telah jatuh pada hari Jumaat 17 July 2015, setelah 29 hari berpuasa menahan lapar dan dahaga disiang hari, tibalah masanya untuk berhariraya, tanda kemenangan kita, kekuatan kita umat islam seluruh dunia menahan nafsu nafsi dibulan Ramadan.

Ramadan tahun ini dan Syawal tahun ini.....bagiku penuh dengan cerita sedey, sanak saudaraku, jiran-jiranku dan juga kawanku yang mengalami musibah dari Allah swt, kematian, kehilangan harta benda, kesakitan, semua itu ujian dari Allah swt, walaupun rata-rata dari kalangan kita bergembira sakan dihari raya, tapi yang pasti ramai juga yang beraya dalam  airmata.


RAYA TETAP RAYA...RAIKAN SAUDARA MARA

Syawal tetap dirai...tetap  juga beraya, walaupun hanya separuh jiwa, hahaha....sanak saudara yang berkunjung tetap diraikan walaupun serba sederhana.














Anakku....terlantar sakit...

Adoi....mood  Aidil Fitri tahun ini sedikit terganggu, kerana anakku yang bongso Farah Aisyah... mengalami demam 4 hari sebelum hariraya, kesihatan terus merosot sehingga takbir hari raya berkumandang,  lemah semangat bila lihat anak sakit, lastly kerana masih tidak baik terpaksa di bawa untuk mendapat rawatan di Hospital juga pada hari raya ketiga....Semua kerja Allah, walaupun  kita merancang yang  hebat, yang terbaik untuk hari raya tetapi bila Allah tidak izinkan apakan daya kita....redha jew le....dengan dugaanNYA...hingga kini Raya ke5, masih belum dapat bangun dan happy2 lagi...










AIRMATA SYAWAL....AL FATIHAH.....KEHILANGAN YANG DITANGISI!

Sepanjang lebaran tahun ini banyak terjadi kes-kes kemalangan maut diseluruh negara kita, antaranya kemalangan maut yang meragut nyawa dua insan yang ku kenali....


Penghujung Ramadan dan awal Syawal tahun ini begitu banyak kemalangan jalanraya, yang mengakibatkan kematian....luluh hati kecil kita menghayati kisah-kisah kemalangan dijalanraya, tidak terkecuali juga yang terlibat dengan kemalangan sehingga membawa kematian pada hari Rabu 15 July, ialah  Puan Wan Abqariah, yang bertugas di Ibu Pejabat Jabatan Tenaga Manusia, Putrajaya dan Tuan haji Mutalib, Pengarah CCRC Benta Pahang

Pengajaran di Jalanraya, pandulah dengan cermat dan berhati-hati, saling hormat-menghormati  sasama pengguna jalanraya yang lain, jangan biarkan orang tersayang menanti dengan harapan tapi penghujungnya tangisan....dan airmata...


AL FATIHAH, EN TALIB , , TELAH KEMALANGAN DI GUA MUSANG PADA HARI RAYA  KE 7 2015



KEHILANGAN YANG TIDAK AKAN ADA LAGI PENGGANTI....

6 BERADIK YATIM PIATU ....sambut raya tanpa ayah dan ibu ......

TAHUN INI MEREKA BERAYA TANPA IBU DAN AYAH,  HANCUR LULUH HATI KENANGKAN NASIB ANAK-ANAK INI, SEMOGA ALLAH SWT LINDUNGI  DAN RAHMATI MEREKA DUNIA AKHIRAT,
6 BERADIK  INI MENJADI ANAK YATIM PIATU,  SETELAH IBUBAPA MEREKA MENINGGAL DUNIA KERANA BOAT TERBALIK DIKEMAMAN SEMASA BANJIR PADA DISEMBER 2014, AL FATIHAH, 
ALLAH JAGAKAN MEREKA...

OPEN HOUSE /OFFICE


















Ulasan

Unknown berkata…
setiap perjalanan dan aturan kehidupan kita dari Allah, semoga mereka ditempatkan bersama hamba yang beriman.

Catatan popular daripada blog ini

PENYEMBUHAN BADAN MELALUI ASMAUL HUSNA

PENYEMBUHAN BADAN MELALUI ASMAUL HUSNA

50 DOA PAGAR DIRI