99 NAMA ALLAH SWT




WHEN YOU RUN INTO A HARDSHIP AND SEE NO WAY OUT, CALL UPON ALLAH, AL FATTAH, HE OPENS THE DOORS OF BLESSING, HAPPINESS, HEALING AND SUCCESS.

SO CALL UPON HIM WITH HIS BEAUTIFUL NAMES AND ATTRIBUTES.




99 NAMA-NAMA ALLAH YANG MAHA AGUNG ;-


 Semoga dalam hati  KITA hanya ada Allah SWT...99 nama Allah ....penuh dengan rahmat dan fadhilat untuk kita amalkan dan memohon dariNYA, jangan sesekali kita lalai dari menyebutNYA...

1.  Ya Allah  -
Baca 5000 kali setiap malam selama sebulan dengan hati yang khusyuk dengan izin Allah apa yang diinginkan akan dimakbulkan. Insyaallah.

2.  Ar Rahman Ar Rahim -

Baca 100 x atau 500 x selepas sembahyang fardhu, dengan izin Allah sifat pelupa   akan hilang.

3.  Al Malik -

Baca 100 kali setiap hari pada waktu gelincir matahari, dgn izin allah hatinya menjadi bersih dan melenyapkan segala yang men yedihkan hati..

4.  Al Quddus -

Baca 100 x sehari, hatinya akan dibebas drp semua masalah yang   menganggu.

5.  Al Salam (yang maha sejahtera) -

 Baca 136 x , penyakit yg dideritai akan sembuh.

6.  Al Mukmin (yang maha pengaman )-

Baca 36 x @ 136 x jika menghadpi bahaya dengan  izin allah akan diamankan drp gangguan.

7.  Al Muhaimin( yang maha pemelihara atau pelindung) -

Baca 100x lepas solat 5 waktu,  potensi muhaimi akan dibangkitkan sehingga meimbulkan kesedaran utk melindungi   orang lain, membaca selepas isyak , dengan izin allah tidak akan mudah lupa bila  menghafal sesuatu.

8.  Al Aziz (yang maha perkasa) -

Baca 40 x selama 40 hari, selepas solat subuh dengan izin   Allah akan menjadi mulya dan kaya dengan pertolongan Allah

9.  Al Jabbar (yang maha perkasa) -

Baca 226 x setiap pagi dan ptg, dengan izin Allah musuh  tidak berdaya melemahkannya dan akan tunduk kepadanya.

10. Al Mutabbir (yang memiliki kebenaran )-

Baca 662 x, orang yang memusuhinya akan  tunduk kepadanya.

11.  Al Khaliq (yang maha pencipta) -

Baca 731x dengan izin Allah hatinya menjadi terang  dan cepat memahami sesuatu didalam alam ini.  Sesiapa yang sembahyang sunat 2  rakaat, kemudian baca Al Khaliq 5000x, insyaallah barang yang hilang akan dapat  kembali dengan pertolongannya.

12.  Al Bari (yang maha mengadakan drp tiada) -  sesiapa yang mengalami kesukaran @ sakit  baca 100x selama 7 hari berturut2 insyaallah akan sembuh.


13.  Al Musawwir (yang maha pembentuk) -

Baca 336 x setiap hari.

14.  Al Ghaffar (yang maha pengampun) -

Baca 100x semasa duduk menungguk masuk waktu  di masjid, allah akan mengampuni dosanya walau sebesar mana sekalipun.

15.  Al Qahhar (yang maha perkasa)-

 Baca 306x, hatinya akan terlepas dr perassan bimbang    dan kesibukan urusan dunia,  bagi yang hilang semangat hidup baca 1000x   dengan suara yang sedikit nyaring,dengan izin allah fikiran yang serabut dan susah hati   akan hilang.

16.  Al Wah'hab (yang maha pemberi) -

Baca 300x selepas solat wajib, segala masalah  /kesulitan akan   hilang.  Jika mahu perniagaan laris dirikan solat Dhuha 2   rakaat, setiap pagi dan pada rakaat kedua  dalam sujud akhir baca 40 x.

17.  AL RAZZAQ (yang pemberi rezeki)

 Inginkan fikiran yang cergas, baca setiap x hendak makan...dengan izin Allah

18.  AL FATTAH (yang maha pembuka)-

 Baca 71x selesai solat subuh, hatinya dibukakan dan diberi ilmu mengenal Allah

19.  AL ALIM (yang maha mengetahui)

 Baca 100 x selepas solat, diberikan allah ilmu makrifat dengan sempurna

20.  AL QABIDH (yang maha menyempitkan)

 Baca 100 X akan terhindar dr ancaman orang yang menganiaya

21.  AL BASITH (yang maha melapangkan)

Baca sekurangnya 10x selepas solat dhuha, dengan memahami makna dan menghayatinya dalam jiwa serta yakin Allah sebagai sumber kelapangan, Allah akan melapangkan rezekinya.

22.  AL KHAFID (yang merendahkan (makhluknya)

Baca sebanyak 500x setiap hari dalam keadaan bersuci, khusyuk & tawadu',InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah.Juga apabila mempunyai musuh,musuh itu akan jatuh martabatnya.


23.  AL RAFIK ( yang meninggikan (makhluknya) -
Baca setiap hari baik siang @ malam sebanyak 70x, InsayAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai @ di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.

24.  AL MUIZ (yang memuliakan (makhluknya) -

Baca sebanyak 140x setiap hari,InsyaAllah akan memperoleh kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan @ perniagaan.

25.  AL MUZIL (yang menghinakan makhluknya) -

Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang yang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya,InsyaAllah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.



26.  AL SAMIK (yang maha mendengar) -

Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari mengikut kemempuan, lebih2 lagi sesudah solah Dhuha,InsyaAllah doa akan mustajab.

 27.  AL BASIR (yang maha melihat) -
Baca sebanyak 100x sebelum solat Jumaat,InsyaAllah akan menjadiakn kita terang hati, cerdas otak & selalu diberiakan taufik & hidayah dari Allah


28.  AL HAKAM (yang maha menetapkan)- 

dizikirkan sebanyak 68x pada tengah malam dalam keadaan bersuci,InsyaAllah akan membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu2 agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu2 agama.

29.  AL ADL (yang maha adil)
Baca sebanyak 104x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.

 30.  AL LATIFF (yang maha lembut)
Baca 129x siang atau malam selepas itu baca ayat al quran ini 9x " Allah maha lembut   terhadap hamba2nya, dia memberi rezeki kpd sesiapa yang dikehendakinya dan   dialah  yang maha kuat lagi maha perkasa"

31.  AL KABIR (yang maha halus)

 Baca 812x setiap hari selama seminggu jika dilanda pelbagai masalah, hilang sesuatu,  dimusuhi orang dll.

32.  AL HALIM (yang maha penyantun)

 Baca apabila dilanda kesusahan, disakiti, pasti allah akan beri rasa aman dan damai   dihati.

33,  AL AZIM (yang maha agung) -  

 Baca1200x dapat menyembuhkan penyakit dengan cepat disamping berikhtiar cara moden.

34.  AL GHAFFAR (yang maha pengampun) -

 Jika dilanda pelbagai kesulitan, baca 7000x setiap malam, dengan izin Allah kesulitan yang menimpa akan diberi penyelesaian, yakinlah kebesaran Allah, dia tidak pernah mengecewakan hambaNYa yang benar-benar meminta kepadanya.

35.  Al SYAKUR (yang maha pembalas budi) -

Baca 40 kali selepas solat hajat, dengan izin Allah hajat akan tercapai.

36.  AL ALIY (yang maha tinggi) -

Jika punyai masalah dengan kecerdikan anak, baca 110 kali dalam gelas berisi air, dimunim , mudahan Allah berkenan membantu saudara.

37.  AL KABIR (yang maha besar) -

Jika punyai masalah dalam hidup, solat tahajud (jam 1-4 pagi) baca sekurang -kurangnya 232 kali, tanamkan dalam diri kebesaran Allah mengelilingi kita dan Allah pasti memperhatikan hajat kita.

38.  AL HAFIDZ (yang maha pemelihara) -

Jika berada dalam bahaya dan ketakutan baca sekurang-kurangnya 99 kali.

39.  AL MUQIT (maha pemberi kecukupan) -

Jika cemas, bimbang, berdebar dll, baca dengan khusyuk disertai doa, mudahan Allah berkenan menghilangkan kegersangan jiwa saudara.

40.  AL HASIB (yang membuat perhitungan)-

Baca 777 kali setiap pagi sblm matahari terbit dan setiap petang selepas solat maghrib, ALLAH AKAN MENEGUHKAN KEDUDUKANNYA DAN DIAMANKAN DARIPADA GANGGUAN SESIAPA.

41.  AL JALIL (yang maha agung) -

 Baca Al Jalil diwaktu tengah malam

42.  AL KARIM (yang maha pemurah) -

Baca sebanyak mana yang mampu

43.  AL RAQIB (yang maha mengawasi) -

Jika ingin kepergian dan bimbang dengan keselamatan barang yang tinggal di rumah, baca Ya Raqib 50 x dengan niat barang itu selamat.

44.  AL MUJIB (yang maha memperkenan) -

Baca ketika matahari terbit 55 kali,insyaallah permintaan akan Allah perkenankan.

45.  AL WASI' (yang maha luas) -

Ingin beroleh kajayaan dalam hidup baca siang dan malam

46.  AL HAKIM (yang maha bijaksana) -

Amalkan waktu pagi sesudah subuh, petang sesudah maghrib

47.  AL WADUD (yang maha mengasihi) -

 Ingin bernasib baik, dicintai orang, keharmonian rumahtangga amalkan membaca  Ya Wadud 11,000 kali setiap malam.

48.  AL MAJID (yang maha mulia) -

Baca 99 kali sesudah subuh

49.  AL BA'ITS (yang maha membangkitkan)-

Baca 100 kali dengan meletak kedua tangan atas dada, insyaallah akan terang hati

50.  AL SYAHID (yang maha menyaksikan) -

Jika ahli keluarga ada yang berperangai buruk, agar mereka insaf baca 319 kali setiap malam, dengan izin Allah akan menjadi baik.

51.  AL HAQ (yang maha benar) -

Baca setiap malam, dengan izin Allah, ahli keluarga akan menajdi orang yang taat pada Allah.

52.  AL WAKIL(yang maha pemelihara) -

Baca 1000 kali dengan izin Allah dibukakan pintu rezeki.

53.   AL QAWI (yang maha kuat) -

Baca 1000 kali akan diberi kekuatan

54.  AL MATIN ( yang maha kukuh) -

Baca (amalkan)  10 kali pada anak, dengan izin Allah dia tidak jadi derhaka.

55.  AL WALI (yang maha melindungi) -

Baca 1000 kali malam Jumaat, sentiasa dalam perlindungan Allah.

56.  AL HAMID (yang maha terpuji) -

Baca setiap hari akan mendapat kemuliaan

57.  AL MUHSI (yang maha penghitung)-

Baca 148 kali, apa yang didengar menjadi jelas dan dapat mengingat dengan tajam.

58.  AL MUBDI-U (yang maha memulai) -

Inginkan kejayaan baca 470 kali sesuhan sembahyang fardhu.  Jika dalam keraguan baca 1000kali, wanita mengandung baca 99 kali sambil letak tangan atas perut.

59.  AL MUID (yang mengembalikan kehidupan)


60. AL MUHYI (yang maha menghidupkan) -

Apabila ingin mengangkat darjat, biasakan membaca  sekurangnya 58 kali sehari.

61.  AL MUMIT (YANG MAHA MEMATIKAN) -

Baca bila menghadapi musuh sebanyak mungkin.

62.  AL HAYY (yang maha hidup) -

Ingin hati dan fikiran yang terang baca sebanyak mungkin.

63.  AL QAYYUM ( yang maha berdiri sendiri) -

Jika berada di tempat jenayah, tidak perlu takut, baca Ya Qayyum sambil bayangkan tempat ini selamat.

64.  AL WAJID (yang maha menemukan) -

Jika putus asa atau penderitaan yang tiada akhir baca Ya Wajid sebanyak mana dan bayangkan perkara posifif.

65.  AL MAJID (yang maha mulia)


66.  AL WAHID ( yang maha esa) -

Jika ditimpa khayalan jahat, rasa takut dan berat hati, ambik wuduk dan baca 1000x ditempat sunyai, pasti sembuh engan bantuan allah

67.  AL AHAD (yang maha esa) -

Baca 1000 x ditempat sunyi, cuba rasakan keadaan saudara dengan kewujudan allah..

68.  AL SAMAD (tempat meminta) -

Baca 125x sesudah solat subuh dalam keadaan sujud, dilindungi dari sifat berbohong dan bertambah keimanan.

69.  AL QADIR (yang maha menentukan, maha menyimbangkan) -

Jika mempunyai cita-cita @ impian baca 305x setiap hari.

70.  AL MUQTADIR (yang maha berkuasa) -

Orang beriman baca 744x selepas bangun tidur.

71.  AL MUQADDIM (yang maha mendahulukan) -

Baca 148 kali sehari, orang itu diberi kearifan bagi memilih keutamaan dalam hidupnya dan mendapat kemajuan yang tidak terduga.

72.  AL MU'AKHIR (yang maha mengakhirkan) -

Baca 100 kali mampu melihat kesalahan dan bertaubat, bila bertaubat baca 1000x dengan izin allah taubat diterima.  tanda diterima taubat ialah kuat keinginan untuk mengerjakan sembahyang.  Jika ingin mencegah orang zalim mendapat pangkat, baca 1446x sebelum matahari terbit selama 7 hari berturut2.

73.  AL AWAL (yang maha awal) -

Baca 37 kali sebelum memulakan tugas penting, pasti berjaya dengan iizin Allah.

74.  AL AKHIR (yang maha akhir) - \

Jika diserang musuh, baca 800kali pasti penyerang berundur.
 Baca 1000X pasti hatinya penuh rasa cinta kepada Allah.  Baca 200x setiap kali sesudah sembahyang fardu selama sebulan, maka Allah membuka pintu rezeki yang halal.

75.  AL ZAHIR (yang maha nyata) -

Apabila mempunyai niat baik sembahyang sunat 2 rakaat kemudian baca Huwa al awwal wa akhir wa al zhahir wa al bathin wa hua bi kulli syain sbyk 145x pasti mendapat kesempatan yang lebih baik

76.  AL BATIN (yang maha tersembunyi) -     

Baca 33x sehari, batin akan menjadi terang dan mata hati terbuka, mereka beroleh kedamaian, ucapan menjadi manis , dan bermanfaat serta dicintai dan dihormati orang lain.

77.  AL WALI (yang maha pemerintah) -

 Apabila orang beriman  memikul tjawab dalam bentuk kuasa, baca 1000x setiap hari Jumaat demi kebaikan rakyat dibawah kuasanya.

78. AL MUTA'ALI (yang maha tinggi) - 

Jika seseorang yang beriman diturunkan dari jawatannya, sedangkan dia tidak bersalah, baca 540kali, dengan bantuan allah dia memperoleh kembali jawatannya.  Baca 540x sebelum hadir temuduga  @ wawancara dapat membantu kita menajdi lebih efektif.

79.  AL BARR (yang maha dermawan) - 

Orang yang lumpuh baca 202x secara berterusan, menjadikan dia tabah menanggung penyakitnya.  Orang ketagih minuman keras baca 700x dengan izin allah menyembuhkan.

80.  AL TAWWAB (yang maha penerima taubat) - 

Jika kita tidak dapat berhenti melakukan kesalahan, kita menyedarinya, hendaklah baca 400x setiap pagi, pada suatu hari kelak dengan izin Allah dia dapat merasakan Allah menerima taubatnya.

81.  AL MUNTAQIM (yang maha pembalas) -  

Jika dizalami oleh musuh Allah, baca Ya Muntaqim Ya Qahhar 1000x, kekuatan orang zalim itu musnah dengan izin allah.

82.  AL AFUWW (yang maha pemaaf) -

Baca siang atau malam, dengan izin Allah dia menjadi kekasih Allah, diampunkan dosanya dan dicintai oleh teman-teman.

83.  ALRA'UF (yang maha pelimpah kasih) - 

Baca 286x sehari akan memiliki hati yang penuh kemurahan dan perihatin kepada orang lain.

84.  MALIK AL MULK (pemilik kerajaan) - 

Baca 212 kali setiap hari, Allah akan berikan rezeki yang tak terduga.

85.  DZU AL JALAL WA AL IKRAM (pemilik keagungan dan kemuliaan) - 

Baca 100 kali sehari selama seminggu, semua beban kesusahan , keraguan dan persoalan meninggalkan hatinya sehingga hatinya bebas daripada khayalan dan mendapat kedamaian,.

86.  AL MUQSITH (yang maha adil) - 

Baca setiap hari sebanyak mungkin, dengan izin Allah menjadikan kita seorang yang adil

87.  AL GHANI (yang maha berkecukupan)


88.  AL JAMI (yang maha mengumpulkan)


89.  AL MUGHNI (yang memberi kekayaan)


90.  AL MANI (yang maha mencegah) - 

Apabila pasangan suami-isteri terasa perasaan cinta makin hambar, baca perlahan-lahan ditempat tidur.  Baca dalam perjalanan membantu menjauhkan diri dari bahaya dan kesulitan sepanjang perjalanan.

91.  AL DARR (yang maha pemberi bahaya) - 

Jika menderita sakit, sudah berikhtiar mencari ubat tetapi tidak sembuh baca 1001 x setiap hari secara berterusan dan istiqamah, insyaallah penyakit sembuh.

92.  AL NAFIK' (yang maha pemberi) - 

Jika sakit atau kesusahan , baca setiap hari insyaallah, allah menyembuhkan penyakit dan kesusahan kita.  Jika punyai masalah dalam hubungan suami isteri, baca Ya Nafi' insyaallah masalah akan selesai.

93.  AL NUR (yang maha pemberi dan pemilik cahaya) - 

Baca 256x, hati dan fikiran menjadi tenang.  JIka tersesat jalan baca 265x, insyaallah beertemu jalan keluar.

94.  AL HADI (yang maha pemberi petunjuk) -  

Baca setiap malam sebanyak mungkin, insyaallah berupaya keluar dari kesulitan.

95.  AL BADI' (yang maha pencipta) - 

Jika inginkan rancangan berjaya baca 5600x sesudah solat fardhu.

96.  ALBAQI (yang maha kekal) -  

Baca 113x setiap hari, medapat kesihatan dan kekayaaan, amal dan harta selamat serta kemurahan Allah pada hari kiamat.

97.  AL WARIS (yang maha pewaris) - 

Jika kesulitan mempunyai anak, baca Rabbi la tadzarni fardan wa anta khayr al waritsin, bermaksud Ya Allah janganlah engkau biarkan diriku hidup tanpa keturunan sedangkan engkau adalah ahli waris paling baik.

98.  AL RASYID (yang maha pandai)


99.  AL SABUR (yang maha sabar)



TIPS: JADIKAN ZIKIR-ZIKIR INI AMALAN HARIAN KITA, INSYAALLAH...KEHIDUPAN KITA TERUS DALAM RAHMAT ILAHI


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENYEMBUHAN BADAN MELALUI ASMAUL HUSNA

PENYEMBUHAN BADAN MELALUI ASMAUL HUSNA

50 DOA PAGAR DIRI